SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

HIDUP DI DUNIA INI ADALAH SENTIASA MENGHADAPI CUBAAN DAN DUGAAN. Walau bagaimana kuatpun manusia itu pada hemat mereka, mereka adalah tertakluk kepada kekuasaan Allah taala belaka. Oleh itu memohon pertolongan Allah s.w.t. amat perlu, bila Allah s.w.t. memperkenankannya, barulah segala dugaan dan cubaan dapat di atasi.

Khamis, 12 November 2015

ILMU KAWALAN MALAIKAT



KAWALAN MALAIKAT

Hizib Al-Hafiz adalah satu hizib yang mempunyai khasiat dan faedah agar sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah S.W.T.  Barang siapa menjadikan hizib ini sebagai wirid yang berterusan, insyaallah ia akan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah S.W.T. dengan sentiasa dikawal oleh para malaikat dimana dan bila sahaja ia berada.

Cara mengamalkannya adalah:

1. Hadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Nabi Muhammad S.A.W.                  1 kali
2. Hadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Rasul dan Malaikat Allah.                 1 kali
3. Hadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada  para ulama dan kaum muslimin.       1 kali
4. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.                                             1 kali

5. Kemudian disambung dengan membaca hizib tersebut dengan lafaznya sepertimana berikut:

بسماﷲ الرحمن الرحيم
اَللَّهُ يَا حَفِيْظُ نَفْسِ وَرُوْحِى بِسْمِ ﷲِ جِبْرِيْلُ فِى يَمِيْنِى
بِسْمِ اﷲِ مِيْکَاءِيْلُ فِى شِمَا لِى  بِسْمِ اﷲِ اِسْرَافِيْلُ فِى
اَمَامِى  بِسْمِ اﷲِعِزْرَاءِيْلُ فِى وَرَاءِى   بِسْمِ اﷲِ ﻻَحَوْلَ وَﻻَ
قُوﱠﺓَاِﻻﱠ بِاﷲِالْعَلِىﱢالْعَظِيْمِ ٠
Ertinya:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, wahai Zat yang menjaga diriku dan jiwaku (rohku), Dengan nama Allah yang Jibril sentiasa berada dikananku, dengan nama Allah yang Mikail selalu ada dikiriku, dengan nama Allah yang Israfil selalu berada dihadapanku, dengan nama Allah yang ‘Izrail sentiasa berada dibelakangku, dengan nama Allah yang tiada sebarang daya dan upaya melainkan hanya dengan izin dan kekuatan Allah S.W.T. Yang Maha Tinggi dan Maha Agung”.

Jika menghadapi masalah-masalah yang kritikal atau dalam keadaan bahaya hizib tersebut hendaklah dibaca 7 atau 41 kali setelah sembahyang Hajat dan sebaiknya adalah berpuasa 3 hari sebelumnya.


KEIZINAN / IJAZAH:

1.      Sesiapapun boleh beramal dengan keilmuan di atas selepas mengambil berkat guru (Keizinan).
2.      Dan sebagai mengambil berkat guru di mohon hadiahkan RM 5.00 keguru,
3.      Untuk maksud yang demikian sila bank in ke akaun GIRO BSN bernombor 03100-29-85218598-2   atas nama Kamarulzaki.
4.   Wajib mengambil berkat guru (keizinan), barang siapa tidak mengambil berkat guru, maka akan sis-sialah segala usaha yang dimaksud.
5.      Maka silakan beramal setelah menjelaskan segala persyaratan di atas.

“SEMOGA BEROLEH FAEDAH DUNIA DAN AKHIRAT”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan