SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

HIDUP DI DUNIA INI ADALAH SENTIASA MENGHADAPI CUBAAN DAN DUGAAN. Walau bagaimana kuatpun manusia itu pada hemat mereka, mereka adalah tertakluk kepada kekuasaan Allah taala belaka. Oleh itu memohon pertolongan Allah s.w.t. amat perlu, bila Allah s.w.t. memperkenankannya, barulah segala dugaan dan cubaan dapat di atasi.

Ahad, 11 Oktober 2015

KHATAM AL IKHLAS



KHATAM AL-IKHLAS

Baca :              1. Al-Fatihah                           1 kali
                        2. Al-Ikhlas                             11 kali
                        3. Selawat Nabi                       1 kali

Kemudian niatkan di dalam hati: “Ya Allah Ya Tuhan ku , semua bacaan ku itu adalah kerana Allah. Jika ada berkat dan pahala, aku hadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kaum keluarganya, para sahabatnya, roh sekelian wali-wali Allah, wali-wali ghaib, roh guru-guru ku dan roh semua kaum muslimin dan muslimat, khususnya roh kedua ibu bapa ku. Amin, amin. Ya Rabbal ‘alamin.”

Baca:               1. Al-Fatihah                           1 kali

2. Al-Ikhlas     sebanyak-banyak yang boleh (sekurang-kurangnya      14 kali sehari), sehingga cukup 70,000 kali. Kemudian penutupnya disudahi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dengan niat:

“ Ya Allah semua bacaan Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat aku tadi kerana Allah, jadikanlah hikmat disimpan untuk ku, Kau berikanlah aku kuasa ghaib ketika aku didalam masa kecemasan, supaya dapat aku mempertahankan diriku, keluargaku, bangsaku, ugamaku dan negaraku. Ya Allah, Kau jauhilah aku daripada bahaya perbuatan jahat jin, iblis, syaitan dan manusia yang berniat khianat ke atas diriku, keluargaku, bangsaku, agamaku dan negaraku dengan berkat syufaat Nabi Muhammad s.a.w.. Amin, amin Yaarobbal ‘alamin……….(dihisap dan ditelan).

Amalan ini hendaklah dibuat berterusan dan jangan tertinggal seharipun, kalau tertinggal sila buat semula. Amalan ini boleh dibuat dimana sahaja dan bila-bila masa kecuali didalam tandas atau ditempat yang kotor.

Setelah selesai amalan ini, dikenakan berkhatam dengan guru atau bersedekah dimasjid atau kepada sesiapa sahaja. Barangnya ialah pisang emas, susu lembu dan bertih.

Jika berlaku kecemasan maka bermohonlah kepada Allah: “Ya Allah, semua amalanku selama ini, kau jadikanlah hikmat untuk diriku, kau berikanlah kuasa ghaib untuk mempertahankan diriku, dengan berkat syufaat Nabi Muhammad s.a.w.  amin, Ya Robbal’alamin. ………Allah hu akhbar, Allah hu akhbar, Allah hu akhbar……………



KEIZINAN / IJAZAH:

1.      Sesiapapun boleh beramal dengan keilmuan di atas selepas mengambil berkat guru (Keizinan).
2.      Dan sebagai mengambil berkat guru di mohon hadiahkan RM 5.00 keguru,
3.      Untuk maksud yang demikian sila bank in ke akaun GIRO BSN bernombor 03100-29-85218598-2   atas nama Kamarulzaki.
4.   Wajib mengambil berkat guru (keizinan), barang siapa tidak mengambil berkat guru, maka akan sis-sialah segala usaha yang dimaksud.
5.      Maka silakan beramal setelah menjelaskan segala persyaratan di atas.

“SEMOGA BEROLEH FAEDAH DUNIA DAN AKHIRAT”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan